Sejak semalam hangat diperkatakan pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dilaporkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan, Athira Yuhada, pada 16 Disember ini.
Memetik mStar Online, Hafidz berkata dia akan memaklumkan mengenai perkahwinanya dengan Athira apabila tiba masa yang sesuai.
BACA: Shuhada Tak Tahu, Malas Peduli Hafidz Roshdi Bakal Nikah Athira Yuhada
“Tunggu sahaja nanti. Saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.
Sementara itu, Hafidz berkata dia mengetahui berita mengenai perkahwinan itu sedang menjadi bualan ramai netizen di media sosial.
“Jika ada yang ucapkan tahniah, terima kasih saya ucap kembali. InsyaAllah ada berita baik nanti untuk saya kongsi,” katanya.
Semalam, tular undangan jemputan pelakon itu bakal melangsungkan perkahwinan dengan Athira di sebuah dewan terletak di Selangor.