fbpx

“Asyik Menunjuk Sana Sini, Hutang Tak Nak Bayar”

Melihatkan banyak kes skim penipuan yang berlaku sekarang, Ruhainies berkongsi nasihat buat mereka diluar sana untuk mendapat hidup berkat janganlah berhutang atau terlibat dalam skim menipu orang ramai.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Ruhainies menyuarakan pendapatnya itu selepas melihat sendiri pembongkaran kes seumpama itu berlaku di media sosial. Lebih bengang, jika individu yang terlibat dalam skim itu menunjuk-nunjuk kesenangan hasil penipuan.

BACA: Ruhainies Keluar Duit Simpanan Bantu Peminat Kesusahan Hidup Akibat PKP

“Satu perkara yang buat kita susah nak berjaya adalah sebab berhutang dengan orang. Jangan berhutang lepas itu susah nak bayar.

“Janganlah pelik pula bila segala usaha susah nak berhasil. Duit banyak pun asyik rasa tak cukup. Kerja pun asyik tak menjadi.

“Langsaikanlah hutang sesama manusia di dunia ini. Asyik menunjuk sana sini tapi hutang orang tak nak bayar. ‘Scam’ orang sana sini lepas itu menunjuk. Carilah kerja yang halal. Baru berkat,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies sempat menitipkan pesanan agar amalan bersedekah tidak harus diketepikan kerana banyak kebaikannya. Ujarnya, rahsia untuk berjaya di dunia ini adalah dengan bersedekah.

“Dalam dunia ini, kalau nak berjaya mudah. Gembirakan ibu bapa dan banyakkan bersedekah,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies menerusi IG Story berkongsi tentang kes skim penipuan yang dibongkar di Twitter. Ruhainies mengakui sedih dengan anak muda yang terbabit dalam skim sebegitu.