fbpx

Astro: Zizan Dan Johan Pengacara Raja Lawak Untuk Selamanya

Semalam berlangsungnya sidang media pertama untuk Raja Lawak musim ke-6 di Starhill Gallery, KL.

Beberapa perkara menarik timbul sepanjang sidang media berlangsung termasuklah perubahan format Raja Lawak dan saluran baru yang menjadi rumah kepada program ini.

Raja Lawak sebelum ini boleh di’tonton di saluran Astro Prima akan berpindah ke saluran yang memerlukan anda untuk membayar lebih — Astro Warna.

Jadi selamat maju jaya untuk anda semua memujuk ibu bapa melanggan pakej Mustika jika mahu terus menonton gelagat peserta Raja Lawak untuk musim ke-6 ini.

Juga menjadi persoalan di’kalangan media & peminat nanti adalah perubahan format Raja Lawak yang memperkenalkan jawatan Cif Besar & Cif Kecil.

Para peserta akan di’bahagikan kepada 3 kumpulan yang di’ketuai oleh seorang Cif Kecil sebagai mentor & pembimbing — kesemua mereka akan di’pantau perkembangan oleh Cif Besar. Menarik?

Menurut Zizan yang menjawab soalan media , beliau merasakan format baru ini sangat berguna untuk para peserta supaya persembahan mereka boleh di’perbaiki dari masa ke semasa dengan bimbingan Cif Kecil & Cif Besar.

Menjawab persoalan tentang pengacara Raja Lawak yang tidak berganti sejak musim kedua, Astro menjawab yang mereka berniat untuk menjadikan Zizan & Johan sebagai pengacara buat selamanya.

“Sebenarnya kami suka kalau ada peserta lain yang sesuai untuk kami jadikan pengacara selain mereka berdua tetapi chemistry yang Zizan & Johan ada untuk Raja Lawak ini kami rasakan sangat kuat. Bak kata pepatah if it ain’t broke don’t fix it