fbpx

Astro Sedang Teliti Notis Waris AR Tompel

Waris kepada Allahyarham AR Tompel baru baru ini telah mengadakan satu sidang akhbar khas selepas mendakwa notis tuntutan yang dihantar kepada pihak Astro berhubung eksploitasi watak dalam telefilem biopik Saloma yang kini masih ditayangkan.

BACA: Beri Gambaran Negatif, Waris AR Tompel Bakal Saman Produksi Saloma?

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Naib Presiden Bahagian Melayu Astro Khairul Anwar Saleh memaklumkan yang pihaknya sedang membuat penelitian semula ke atas telefilem tersebut sebaik saja menerima notis berkenaan.

“Kami ada menerima notis daripada waris AR Tompel dan kami sekarang sedang membuat semula review terhadap telefilem tersebut. Kami bukan tidak respon tapi kami telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam kami untuk membuat penelitian terhadap isu ini dan ia mengambil sedikit masa. Jadi saya tidak boleh komen lebih lanjut,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun menurut Khairul Anwar, pihak Astro belum lagi bercadang untuk menghentikan tayangan telefilem Saloma kerana ianya masih mendapat permintaan tinggi daripada para peminat dan kami kira hanya keputusan undang undang akan mengubah pendirian mereka. (rtky/m)