fbpx

Astro Perkenal NJOI, Perkhidmatan TV Satelit Percuma Untuk Anda Semua

Tidak lama lagi, tiada lagi alasan untuk kita semua dari menikmati perkhidmatan TV Astro.

Semalam, Astro mengumumkan satu program khas NJOI untuk memberikan khidmat TV satelit secara percuma buat pertama kali di’bumi Malaysia ini.

Pelaksanaan program NJOI akan di’jalankan secara berperingkat.

Untuk fasa pertama dari tiga fasa, sebanyak 50,000 set dekoder dan piring satelit akan di’agihkan kepada penerima yang telah di’senaraikan dalam pangkalan data program eKasih.

Fasa pertama akan menelan belanja lebih RM500 juta untuk tempoh lima tahun akan datang yang melingkupi kos peralatan & kandungan digital yang di’terima — ini sebagai satu tanggungjawab sosial korporat Astro.

Fasa kedua akan bermula pada suku pertama tahun 2012, dan membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran.

Kesemua mereka yang berada di’bawah program NJOI ini akan menikmati 37 saluran TV dan radio yang merangkumi pembelajaran, hiburan & sukan.

Anda boleh klik gambar di’atas untuk lihat senarai penuh saluran yang akan di’tawarkan dan kami terkilan kerana saluran Media Prima tiada. Hmm.

Fasa ketiga yang akan bermula pertengahan tahun 2012 akan membolehkan pelanggan NJOI menambah saluran tambahan dan membayar secara pra bayar (prepaid). Mahu langgan?