fbpx

Astro On-The-Go Tawar Kandungan Dari Saluran Popular: HBO, One HD & WWE

Untuk kami orang sibuk dan tiada masa untuk duduk menonton televisyen seperti orang lain, Astro On-The-Go memang penyelesaian terbaik untuk menikmati hiburan pada bila bila masa, di mana sahaja.

Dan sekarang ini pula, Astro On-The-Go menawarkan kandungan hebat dari tiga saluran popular untuk dinikmati oleh semua pelanggan iaitu HBO, ONE HD dan WWE.

Kami sebagai peminat tegar drama bersiri popular Game of Thrones dan juga The Newsroom sangat teruja dengan berita ini kerana kini kita semua boleh menonton episod terbaru walaupun berada dalam LRT.

HBO menerusi Astro On-The-Go juga menawarkan pelbagai siri televisyen popular lain seperti Veep & Boardwalk Empire dan semua ini boleh diakses oleh pelanggan Movie Pack & pelanggan Astro-On-The-Go sendiri.

Berikut merupakan trailer untuk musim terbaru Game of Thrones yang kini boleh anda akses di mana mana sahaja & bila bila masa menerusi Astro On-The-Go — di peranti iOS & peranti Android terpilih.

Berita gembira juga buat peminat dunia hiburan Korea Selatan apabila kandungan terpilih ONE HD kini boleh ditonton menerusi Astro On-The-Go dan lebih menarik program hebat ini kini boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia — tidak kira sama ada pelanggan Astro atau tidak.

Melalui tawaran baru ini, pastinya anda peminat drama Korea boleh menonton drama bersiri popular seperti The Great Seer, Full House Take 2 dan Jang Ok Jung menerusi komputer anda, telefon bimbit & peranti mudah alih yang anda miliki bila bila masa.

#01 Astro On-The-Go Perkenal Tiga Saluran Baru - ROTIKAYA

Mahukan aksi? Program program gusti popular, WWE kini ada ditawarkan bersama Astro On-The-Go dan anda boleh menonton 50 Greatest Finishing Moves in WWE History (2013) yang pastinya menawarkan aksi gusti terbaik & juga memilih pertarungan hebat terdahulu menerusi koleksi The Best PPV Matches of the Year.

Daftar dengan Astro On-The-Go hari ini untuk menikmati tawaran di atas dengan segera. Televisyen kini boleh anda bawa bersama ke mana sahaja anda pergi dengan Astro On-The-Go. Maklumat lanjut tentang program dan cara langganan, layari laman rasmi Astro On-The-Go.