Gelombang kpop di Malaysia di’teruskan dengan penganjuran kedua Asia Super Showcase selepas kejayaan siri konsert yang sama sekitar penghujung 2012 yang lalu. Siapa pergi? Heh.

Kali ini, Asia Super Showcase 2013 bakal menampilkan tiga nama dari industri hiburan Korea iaitu Girl’s Generation (SNSD) yang pernah singgah di Malaysia tahun lalu & juga AOA.

Menariknya, AOA (Ace of Angel) telah hadir ke satu sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam yang sebenarnya jarang di’lakukan oleh artis luar negara yang ingin mengadakan konsert di’sini.

AOA yang boleh di’katakan masih baru dalam industri hiburan berkata mereka tidak sabar untuk menghiburkan para peminat mereka di Malaysia memandangkan ini konsert pertama mereka di luar Korea.

“Kami teruja. Tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia dan memandangkan ini konsert luar negara kami yang pertama, jadi kami agak gementar. Tapi kami akan berikan satu persembahan yang indah, akan diingati peminat dan aksi yang hangat,” ujar wakil kumpulan AOA.

AOA juga akan berkongsi pentas dengan girl group paling berpengaruh di Korea, Girl’s Generation (SNSD) yang akan datang sebagai kunjungan kali kedua mereka ke’sini & satu lagi kumpulan yang masih di’rahsikan.

Asia Super Showcase 2013 bakal berlangsung pada 12 Mei 2013 ini bertempat di Stadium Malawai, Shah Alam di’bawah anjuran Marctensia Concerts dan Universal Music Malaysia.

Kepada anda yang berminat untuk menghadiri konsert ini & kami pasti ramai antara anda, dapatkan tiket dengan harga bermula pada RM223 & maklumat lanjut menerusi Facebook Marctensia Concerts.

×