fbpx

Cinta & Sayang Aedy Ashraf Tetap Pada Amelia Henderson

Pelakon Aedy Ashraf mengakui dia dan aktres Amelia Henderson sudah membawa haluan masing-masing untuk memberikan fokus pada kerjaya mereka.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Media Hiburan, Aedy berkata mereka sukar untuk membawa hubungan mereka ke lebih serius kerana komitmen kerja yang terlalu padat namun tiada pergaduhan berlaku antara mereka.

BACA: “Saya & Aedy Kawan, Kami Tak Rapat Macam Dulu”

“Ia merupakan keputusan yang kami buat bersama. Kami mahu fokus pada kerjaya. Saya sibuk tapi Amelia lagi sibuk. Jadi kami pilih untuk buat haluan sendiri.

“Namun itu tidak bermakna kami bermasam muka. Tiada pergaduhan yang berlaku. Kami berjumpa secara baik dan berbincang mengenai hal ini. Masing-masing ada tujuan yang sama. Kami letakkan kerjaya sebagai keutamaan,” katanya.

Sementara itu, Aedy berkata dia sedih dengan keputusan berkenaan namun ini yang yang mereka mahukan dalam hidup dan dia masih lagi berhubung dengan Amelia.

Kata Aedy lagi, dia masih sayangkan Amelia meskipun sudah membawa haluan masing-masing serta menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Ketika ini kami berdua setuju untuk menyerahkan segalanya kepada takdir dan rezeki. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, apa kita boleh buat. 

“Kami sayang antara satu sama lain. Saya juga masih sayangkan dia. Cuma waktu sekarang belum selesai,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada dia terbuka untuk mengenal hati budi orang lain, Aedy berkata perasaannya itu kekal buat Amelia.

“Kalau ada masa, lebih baik saya bersama Amelia. Kalau tiada masa macam mana saya nak berkenalan dengan orang lain,” katanya.

Beberapa hari lalu, Amelia mendedahkan dia dan Aedy tidak lagi menjalin hubungan cinta dan kini hanya berkawan. Amelia berkata hubungannya dengan Aedy juga tidak lagi seakrab dulu serta mendoakan yang terbaik buat aktor itu.

SUMBER: Media Hiburan