fbpx

Ashton Kutcher & Mila Kunis Terbang Ke Bali, Indonesia Untuk Bercuti

Nampaknya gossip mengatakan pasangan ini memang sah bercinta semakin hangat & tidak boleh di’abaikan. Maklumlah mereka figura popular Hollywood.

Walaupun belum mengakui yang mereka kini bersama, terdapat sumber mengesahkan yang Ashton Kutcher & Mila Kunis kini berada di Bali, Indonesia untuk bercuti.

Memang jauh mereka terbang untuk lari daripada lensa kamera paparazzi namun sebelah sini tidak kurang juga mereka yang betah mengikuti perjalanan gossip Hollywood.

Ashton Kutcher & Mila Kunis khabarnya menginap di sebuah resort bertaraf lima bintang di wilayah selatan Pulau Dewata namun tiada maklumat jelas akan nama lokasi tersebut.

Selain khabar mengatakan mereka bercuti bersama, pasangan ini juga di’katakan sudah tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu namun masing masing masih tidak mengaku.

Sebenarnya tiada apa yang perlu di’sorokkan pasangan ini jika mereka memang benar bercinta. Masing masing tiada halangan untuk bersama ‘kan? – People