fbpx

Ashraf Sinclair Paling Ramai Pengikut Di Twitter, Altimet Paling Aktif

Ya. Kami kembali bersama komputer baru yang bersinar-sinar. Kami suka!

Sebagai entri permulaan & pertama pada tahu 2011 ini, kita mulakan dengan sesuatu yang ringan ya? Seperti statistik Twitter selebriti Malaysia.

Laman SelebriTweets yang di’bina khas dengan tujuan untuk mengumpulkan akaun para selebriti mengeluarkan senarai Top 5 Paling Popular & Paling Aktif di Twitter sehingga 31 Disember 2010.

Ashraf Sinclair (@ashrafsinclair) mendahului carta dengan 77,433 pengikut di’ikuti oleh darling Malaysia, Lisa Surihani (@lisasurihani) dengan 49,205 pengikut.

Fasha Sandha (@FashaSandha1) mengekori rapat di’tangga ketiga (46k) dan di’ikuti Nora Danish (@DanishNora) dan Scha Al-Yahya (@schaalyahya), masing masing 39k.

Kalau anda aktif di Twitter, pasti akan perasan yang Altimet (@altimet) adalah artis paling aktif melayan peminat di’sana dengan jumlah lebih 42,000 tweet setakat ini.

Di’ikuti oleh si mulut laser Azwan Ali (@AzwanNur ) 14k, Arafah Edruce (@arabyrd) 14k, Noh Salleh (@nohsalleh) 12k dan selebriti asal Singapura, Imran Ajmain (@ImranAjmain) 11k.

Eh. Jangan lupa pula untuk ikut kami di Twitter @rotikaya dan jika ada tips berguna, sila beritahu kami melalui Twitter atau e-mailkan sahaja.