fbpx

Ashraf Muslim Mengalir Air Mata Terima Kejutan Dari Kedua Isteri

Masih lagi dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu, pasti ianya pengalaman berbeza buat Ashraf Muslim yang sayu apabila terpaksa menjalani ibadah puasa tahun ini di wad.

Berkongsi pengalaman pertama menunaikan solat terawih berjemaah di wad, Ashraf tidak dapat menahan air air mata apabila mendapat kejutan berbentuk kiriman video daripada kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.

BACA: Ashraf Muslim Sayu Terpaksa Berpuasa Di Wad

https://www.instagram.com/p/B_VAZXFj4rD/?utm_source=ig_embed

Video tersebut memaparkan gambar mereka sekeluarga serta ucapan daripada tiga anaknya. Menerusi perkongsian itu, Ashraf berkata perkara itu membuatkan dirinya bertambah rindu dan berharap agar segera bebas dari wabak COVID-19.

“Buka mesej, dapat video ini. Allahuakbar, sambil makan saya tak sedar air mata sudah mengalir. Sedihlah. Sudahlah saya di wad. Makan pun tak habis terus basuh tangan. Sabar ya, sikit saja lagi. Rindu semua,” katanya.

Terdahulu, Ashraf disahan positif COVID-19 selepas Puetri Aishah dan PU Riz. Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.