fbpx

Ashraf Muslim Sayu Terpaksa Berpuasa Di Wad

Masih lagi dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu, Ashraf Muslim mengakui rasa sayu apabila mungkin perlu menjalani ibadah puasa tahun ini di wad.

Bagaimanapun, Ashraf berkata dia reda dan berdoa semoga Ramadan yang bakal disambut dua hari lagi diberikan keajaiban daripada Allah SWT. Katanya lagi, dia tidak sunyi berada disitu memandangkan masih ramai lagi pesakit.

BACA: “Kalau Masih Degil Kami Pesakit COVID-19 Akan Jaga Roadblock”

“Melihatkan keadaan, mungkin saya akan berpuasa di sini. Tidak mengapalah. Sebab masih ramai dan ada yang baru masuk. Memang tidak sunyi pun.

“Sekarang ini saya tak nampak dah soal sakit, tapi fikir nak berpuasa di sini macam mana,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ashraf berkongsikan keadaannya kini semakin baik namun masih memerlukan pemantauan setiap hari. Ujarnya lagi, dia masih menantikan keputusan ujian swab kedua.

“Alhamdulillah, saya okay dan semakin baik. Cuma tempoh hari saja saya sakit tekak dan sedikit tidak selesa.

“Tekanan darah pun okay. Tapi macam biasa, setiap hari kena pantau. Pemeriksaan kesihatan pun macam biasa. Saya masih lagi menunggu hasil ujian swab kedua,” katanya.

Terdahulu, Ashraf disahan positif COVID-19 selepas Puetri Aishah dan PU Riz. Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.