fbpx

Jun lalu, sedikit kecoh dunia hiburan dengan penyebaran gambar Ash dengan seorang gadis.

Blog blog hiburan banyak mendakwa gadis bernama Freda Nordin itu adalah kekasih baru Ash selepas berpisah dengan Dira Abu Zahar.

Ash yang popular dengan band Bau menafikan perkara itu melalui akaun Twitter rasmi beliau dan mengakui akan berkahwin hujung tahun ini.

Obviously bukan dengan gadis yang bersama beliau dalam gambar gambar tersebut & Ash masih kunci mulut tentang siapakah bakal isteri beliau.

Namun ada sumber mengatakan, duda ini sudah bertemu cinta dengan seorang aktress yang popular sekitar tahun 90’an dulu, Sherie Merlis.

Semua ini gara gara Ash & Sherie Merlis pernah di’gandingkan dalam sebuah drama TV & Ash beberapa kali menyebut nama Sherie Merlis dalam Twitter beliau.

Ini mungkin hanya andaian nakal peminat yang teringin benar melihat Ash cepat cepat berumahtangga. Maklumlah, Dira Abu Zahar akan menamatkan zaman sunyi akhir tahun ini.