fbpx

Aset Sajjad Dilelong Esok, Orang Ramai Boleh Datang Beli

Nampaknya nama usahawan kontroversi Sajat menjadi bualan ramai. Selepas dua minggu disita, aset milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bakal dilelong esok.

Proses lelongan awam itu akan bermula pada jam 10.30 pagi, 14 Disember 2021 di premis beralamat No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

BACA: Mahkamah Arah Harta Sajat Disita, Dilelong

Lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin daripada OWA Resources Sdn. Bhd sekalu bekas stokis utama peniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

“Pihak defendan tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu.

“Maka, mahkamah meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok,” katanya.

Menurut peguam yang mewakili OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili, orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong boleh datang ke lokasi diberikan di atas esok.