fbpx

“Asal Jahat Je Laki Aku, Saya Percaya Suami Saya”

Timbul fitnah konon suaminya ditangkap khalwat sewaktu di Terengganu, Datin Almy Nadia hanya ketawa sebaik saja mendapat tahu tentang perkhabaran tersebut. Kata beliau lagi, pihak yang membuat tuduhan tersebut sepatutnya selidik terlebih dahulu.

Almy berkata lagi, beliau meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada suaminya, Datuk Fizz Fairuz dalam hal membabitkan rumah tangga.

BACA: Fizz Fairuz Mahu Jumpa Makcik Puaka, Enggan Terima Maaf

“Saya mahu selesaikan kes ini secepat mungkin. Kerana ini melibatkan status yang dianugerahkan kepadanya. Kali pertama saya yang tahu perkara ini dan baru saya beritahu dia. Serta apa yang dimuat naik di lama Instagram, Fizz yang tulis.

“Kalau pihak berkenaan kata orang lain yang DM dia, kenapa tidak selidik dulu? Tapi saya gembira sebab suami saya ada dengan saya dan saya percaya dia.

“Masa mula-mula tahu mengenai tuduhan itu, saya hanya ketawa kerana suami ada dengan saya ketika itu. Kalau dia tiada dengan saya pun, saya tidak akan percaya. Kalau saya kata saya percaya suami 100 peratus, netizen marah pula, kata jangan percaya.

“Dia pergi Terengganu atas urusan kerja dan saya tiada rasa was-was. Tak perlu kot nak curiga,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Almy turut meluahkan rasa kecewa terkilan dan kecewa apabila nama suaminya sering terpalit dengan kontroversi sedemikian serta tuduhan yang tidak berasas.

“Mungkin saya frust sebab asal jahat je laki aku. Jahat sangat ke laki aku? Saya percaya suami saya, anak dah tiga pun. Kalau dia nak buat perangai mungkin masa zaman jahiliah la kot. Tak paya nak buat perangai sangatlah,” katanya.