Pempengaruh media sosial, Cik B meluahkan pandangan mengenai gelaran yang digunakan seperti ‘keeper’, ‘bob’ dan kepam merujuk kepada mereka yang berbadan besar.
Menerusi satu hantaran di Threads, Cik B berkata gelaran tersebut yang sering dianggap sebagai “motivasi” sebenarnya adalah toxic motivation.
BACA: “Saya Terima Cik B Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat”

Dalam perkongsian itu, Cik B turut memuat naik paparan berkenaan motivasi yang sihat.
Sementara itu, Cik B turut menjelaskan hantarannya itu berkenaan pada mereka yang terasa jika ada yang menggelar mereka sedemikian kerana ianya motivasi yang toksik.
Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan mereka turut digelar sedemikian.