fbpx

As’ad Motawh Wajah Baru Untuk HONOR 20 Lite

Penyanyi muda yang kini popular dengan lagu Percaya, As’ad Motawh telah dilantik untuk menjadi wajah baru peranti terkini daripada HONOR, HONOR 20 Lite.

Dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, pihak HONOR bekerjasama dengan aplikasi membeli belah Shopee untuk melancarkan peranti terbaru HONOR 20 Lite yang bakal berada di pasaran bermula 24 April ini.

HONOR 20 Lite hadir dengan rekabentuk moden selain keistimewaan 3 buah kamera di belakang termasuk kanta ultra lebar 120-darjah. Ia juga hadir dengan kamera selfie 32-megapiksel untuk kepuasan selfie anda setiap hari.

Bercakap kepada media, As’ad Motawh mengakui suka menggunakan HONOR 20 Lite kerana kameranya yang memudahkan beliau untuk mengambil gambar jelas bersama peminat selain ciri ciri moden lain yang ditampil dengan harga mampu milik untuk semua golongan masyarakat.

HONOR 20 Lite akan ditawarkan pada harga RM949 untuk variasi 4GB RAM dengan storan dalaman 128GB bermula 24 April ini melalui aplikasi Shopee. Anda yang berminat boleh muat turun aplikasi tersebut dan sediakan duit anda, ha!