fbpx

Penyanyi As’ad Motawh mengakui bahawa dia tidak gemar ke sekolah serta berpendapat ianya hanya perkara yang membuang masa.

Perkara itu diberitahu oleh As’ad menerusi podcast bersama pempengaruh media sosial, Azri Walter dan Yousaf. Difahamkan, Azri bertanyakan kepada As’ad tentang pendapatnya mengenai sekolah.

BACA: As’ad Motawh Pernah Makan Sisa Makanan Orang, Tak Mampu Beli Deodorant

Menurut As’ad, kebanyakan masa yang dilakukannya di sekolah  adalah sesuatu yang membuang masa serta mengakui apa yang dipelajari tiada kaitan dengan apa yang dilakukan sekarang.

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

? original sound – Yousaf – Yousaf

“Bagi saya, ketika saya masih muda, Asad rasa macam dari segi semua yang saya lakukan ketika ini, kebanyakan masa yang saya luangkan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya.

“Secara jujur, benda yang Asad belajar di sekolah dan benda yang Asad buat sekarang, tiada kaitan sangat dengan sekolah,” katanya.

Sementara itu, As’ad turut memberi contoh subjek Sains yang dipelajari di sekolah baginya tidak perlu serta berpendapat sistem persekolahan perlu diubah.

“Seperti, dari segi mempelajari Sains sehingga ke tahap ‘advance’, semua benda benda pelik ini. Dan pada pendapat saya tak perlu.

“Sistem persekolahan boleh diubah. Kerana kita hidup di dalam dunia moden di mana segalanya sentiasa berubah, tetapi sistem persekolah pula sentiasa sama sejak dari dulu,” katanya.

Dalam pada itu, As’ad turut berkongsikan mengapa dia mengambil keputusan untuk berhenti bersekolah dan mula belajar di rumah selepas adanya 300 ribu pengikut di media sosial.

Tambah As’ad lagi, meskipun dia tidak berminat dengan sekolah, namun tetap mengingatkan mereka di luar sana agar tidak berhenti sekolah.

“Ketika Asad mempertimbangkan berhenti sekolah dan mula belajar di homeschool, sebab Asad sudah membina benda lain. Asad dah ada 300 ribu pengikut di Instagram pada masa itu dan saya tahu cara untuk buat duit daripadanya dengan menyanyi.

“Sebab tu, pilihlah sama ada nak meneruskan belajar sepenuh masa atau belajar separuh masa, di rumah buat homeschool, sambil membina karier saya. Jadi saya sudah ada pilihan,” katanya,