fbpx

“Arwah Nenek Kata Kalau Nak Cari Isteri, Cari Yang Putih”

Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada Rabu lalu, tunang kepada Dayana Roza iaitu A’dale Adham menyifatkan bakal isterinya itu seorang wanita yang cukup sempurna di matanya.

A’dale yang juga seorang ahli perniagaan berkata dia sanggup berusaha untuk memenangi hati Dayana meskipun pernah ditolak lamarannya untuk menjadikan pelakon itu sebagai isteri beberapa tahun lalu.

BACA: Dayana Roza Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

“Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan.

“Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia ‘ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga’,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, A’dale berkata dia memilih Dayana kerana mengikut kriteria seperti yang dipesan oleh arwah neneknya jika mahu mencari isteri pilih wanita yang berkulit putih.

“Sebelum ni, arwah nenek kata kalau nak cari (isteri), cari yang putih. Dayana pun putih, jadi, okaylah tu.

“Paling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar,” ceritanya.

Mula menjalin cinta sejak awal tahun, Dayana dan A’dale sudah berkawan sejak enam tahun lalu. Pasangan itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember nanti.