fbpx

Artis Tempatan Untuk Suara Kami 2011 Tidak Setuju Kehadiran Artis Luar

Semenjak pengumuman konsert ini sebelum Aidilfitri lalu, ada beberapa perkara tidak kena.

Konsert ini di’canangkan sebagai konsert belia meraikan Hari Malaysia.

Namun artis yang di’gahkan untuk menarik minat penonton adalah mereka yang berasal dari luar negara.

Antara artis yang pernah di’kaitkan dengan gimik Suara Kami 2011 ini ialah Pitbull & Far East Movement.

Terbaru, Faizal Tahir & Lan (Azlan & the Typewriter) yang terbabit dengan konsert Suara Kami 2011 ini menyuarakan pendapat mereka kepada GUA.

“Apabila saya dapat tahu Konsert Suara Kami 2011 ini melibatkan artis-artis luar negara, saya jadi keliru. Kalau konsert ini untuk meraikan Hari Malaysia, mengapa mahu libatkan artis dari luar?”

“Secara peribadi, saya rasa adalah lebih baik jika konsert ini dijayakan oleh artis-artis tempatan sahaja. Masih banyak artis Malaysia yang bagus yang tidak dipanggil untuk turut serta.”

“Lagipun, bajet untuk membawa artis-artis luar negara ini pasti sangat tinggi. Mungkin mereka mahu menarik peminat K-Pop ini untuk cuba meminati  artis tempatan pula,” kata Faizal Tahir.