Masih hangat diperkatakan mengenai isu segelintir artis yang berharap agar penggiat seni turut mendapat bantuan khas daripada kerajaan namun lain pula buat Naim Daniel yang berpendapat buat masa ini tiada keperluan untuk mewujudkan bantuan khusus untuk artis.
Malah, Naim berkata tidak perlu ada keistimewaan tertentu buat golongan penggiat seni kerana artis dan rakyat tiada bezanya kerana mereka boleh sahaja memohon bantuan seperti biasa seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
BACA: Naim Daniel Dikecam Sunting Gambar Yang di-Pertuan Agong
Kita sama-sama rakyat. Tak ada beza. https://t.co/dIUwR6BEBx
— Tengku Remy (@naimdanielx) March 29, 2020
“Saya tak rasa sebagai artis perlu ada hak istimewa kerana penggiat seni. Pada masa sekarang, kita semua adalah rakyat Malaysia. Pada situasi penularan Covid-19 yang berlaku dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semuanya kena dilihat dari sudut kemanusiaan.
“Kalau saya sendiri pun dalam kesusahan, minta bantuan macam biasa. Saya tak rasa dalam keadaan sekarang, perlu diwujudkan bantuan khusus.
“Jika nak dibuat juga, itu di atas inisiatif unit artis sendiri yang nak membantu penggiat seni” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Naim berkata apa yang berlaku kini perlu dijadikan peringatan kepada dirinya bahawa bekerja dalam industri hiburan perlu sedar tidak selamanya akan berada di atas.
Malah katanya lagi, ketika namanya dikenali dan masih diperlukan dalam industri amat penting untuk membuat simpanan untuk jaminan masa depan.