fbpx

Artis Indie, Fynn Jamal Perlukan Bantuan Anda Untuk Pembedahan Anak

Kalau anda pengguna internet tegar dan suka melayan video di Youtube, pasti anda pernah terlintas akan lagu berjudul 150 Juta nyanyian Fynn Jamal. Anda terhibur?

Hari ini Fynn Jamal memerlukan bantuan & ihsan anda semua demi meringankan beban keluarga beliau untuk menanggung kos pembedahan bayi lelaki beliau berusia 1 bulan 2 minggu.

Bakti Arjuna Fitri (gambar) telah di’sahkan mengalami penyakit jantung yang memerlukan pembedahan segera sebelum ia’nya semakin membengkak & menjadi lebih serius.

Pembedahan yang bakal menelan belanja RM35,000 itu di’jadualkan akan berlangsung esok dan sejak 10 jam yang lalu, Fynn Jamal berusaha mencari dana yang di’perlukan.

Setakat ini, Fynn Jamal sudah berjaya mengumpul RM10,000 melalui akaun bank beliau dan Noh Hujan kini dalam usaha untuk mengutip RM15,000 buat adik Bakti Arjuna Fitri.

Oleh kerana akaun Maybank Fynn Jamal mempunyai tahap keluar masuk wang & di’pantau oleh pihak bank, Noh Hujan menggunakan akaun bank semasa beliau untuk proses kutipan derma ini.

Masih belum terlambat, anda boleh masukkan beberapa sahaja jumlah yang anda termampu untuk membantu adik Bakti Arjuna Fitri & keluar Fynn Jamal melalui akaun Maybank Mohammad Noh Salleh dengan nombor akaun 564276053946. Ayuh, tunjukkan yang kita prihatin.