Arja Lee Kini Pensyarah, Tenang Tinggal Di Kelantan Dah Tak Minat Dunia Glamour
Lama tak dengar cerita tentang pelakon Arja Lee, rupanya aktor itu kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak tahun lalu.
Memetik mStar Online, Arja berkata dia mengambil keputusan meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus pada kerjayanya sebagai tenaga pengajar.
BACA: Arja Lee Kini Pensyarah Di Universiti Malaysia Kelantan
Menurut Arja lagi, dia sudah tidak minat dengan dunia glamour dan lebih tenang menjalani kehidupan di Kelantan.
“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.
“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.
“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Arja berkata dia seronok tinggal di Kelantan kerana harga kos sara hidup lebih rendah serta dan lebih sederhana tanpa sebarang gangguan.
“Kos sara hidup di Kelantan lebih rendah dan saya tidak lagi perlu memikirkan hal-hal berkaitan dunia hiburan. Fokus saya sekarang adalah terhadap pekerjaan sebagai pensyarah dan mendidik anak bangsa,” katanya.
Berkongsi lanjut, Arja berkata dia sememangnya menyimpan impian untuk bergelar seorang pendidik dan bersyukur diterima sebagai pensyarah.
Dalam pada itu, Arja yang <span;>baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata dia bakal menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tidak lama lagi.
- SUMBER
- mStar Online
Alah ko mmg dah x laku pun, kan senang terus terang?!
Tahniah and bye2 dunia glamour.
Ramai kelantanese yg kerja di lembah klang still balik ngundi PAS sebab nak maintain status quo kos sarah hidup murah kot?
Tahniah.. pencapaian terbaik..well done…
k bai
Elok la tu nko nyanyi pn TAK SHEDAAPP, brlakon pn HAUK!!!
Jgn dgr kata2 nista org terhadap kita, syukurlah anugerah yg Allah SWT beri pd kita, glamour atau tidak.
Bodoh semua comment di atas
yang mengutuk tu bukan reti buat pape pun kan..ngaku jelah
Tahniahsebagai seorang pendidik Araja Lee! Rezeki dia di bidang pendidik & bukan di bidang hiburan baguslah & yg ko orang mengutuk dia lebih baik cermin diri dulu…
Tahniah syg…
Congratulations my idola..
Congratulation My Hensem.. I’m proud of you..
Tahniah Arja Lee.. Love u..