Tidak dapat dinafikan, kegilaan peminat untuk melihat penyanyi Ariz Forteen dan juga Zulin Aziz naik ke pelamin memang bukan main-main namun perkara tersebut bagaikan tiada kesudahan. Malah Ariz sendiri sudah berbincang mengenai perkara tersebut bersama Zulin.
BACA: Peminat Restui Hubungan Ariz Forteen Dan Zulin Aziz
“Kami hanya berkawan baik dan saya tidak mahu panjangkan lagi cerita ini kerana ia seperti tiada kesudahan. Saya tidak mahu cerita ini lebih diperkatakan berbanding soal kerjaya. Awalnya memang saya tak kisah apabila orang bertanya”
“Tetapi apabila semakin kerap soalan ini diajukan saya jadi tak suka. Biarlah orang kenal saya kerana produk dalam kerjaya. Saya dan Zulin juga ada bincangkan hal ini dan kami setuju tidak mahu lagi komen pasal hubungan. Takut nanti ada yang salah anggap apabila membaca kenyataan daripada kami,” jelas Ariz kepada portal Mangga Online.
Selain itu, Ariz juga menyatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun dan sehingga kini, dia masih belum mempunyai calon yang sesuai, sekali gus memberi maksud bahawa tiada hubungan istimewa antara dia dan juga Zulin. (rtky/s)