fbpx

Ardell Aryana Umum Hamil Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga September lalu. Menerusi Instagram, Ardell berkongsikan berita gembira itu kepada peminat.

Ardel meluahkan rasa syukur kandungannya dalam keadaan selamat meskipun hanya menyedari tentang kehamilannya itu selepas empat bulan. Bakal menyertai misi kemanusiaan ke Syria pada 8 Januari depan, Ardell berharap bayinya sihat dan kuat.

BACA: Ardell Buka Pusat Laser Bulu, Dah Minta Nasihat Ustaz

https://www.instagram.com/p/B6dGDvdnOXF/?utm_source=ig_embed

“Alhamduillah rezeki tanpa saya sedar genap empat bulan usia ini dalam perut Umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak. Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang saja, masyaAllah,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Ardell turut memuat naik rakaman imbasan bayi dalam kandungannya.

Terdahulu, Nadzmi berkongsikan berita gembira isterinya sedang hamil. Nadzmi memberitahu pada mulanya dia menyangkakan isterinya mengalami muntah teruk dan tidak mempunyai selera untuk makan kerana penyakit lamanya datang semula.

Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan pada 1 September lalu.