fbpx

Ardell Buka Pusat Laser Bulu, Dah Minta Nasihat Ustaz

Jika sebelum ini menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan dan pakaian, nampaknya pelakon Ardell Aryana melebarkan lagi sayapnya dengan membuka pusat laser bulu pula.

Difahamkan perniagaan itu diusahakannya bersama sepupunya Dr Por Yan Sheng. Setakat ini mereka sudah membuka tiga cawangan. Menurut Ardel dia dan sepupunya itu banyak berkongsi buah fikiran dalam perniagaan tersebut.

BACA: Ardell, Nadzmi Dikritik Selekeh Berpelikat & Batik Ke Mall

Dalam pada itu, Ardell berkata dia turut menekankan mengenai penjagaan kebersihan sebagai seorang wanita yang beragama Islam dan sudah pun mengambil langkah awal dengan mendapatkan nasihat daripada ustaz berkenaan hal itu.

“Pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.

“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.

“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” katanya.

“Kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami. Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya.