fbpx

Ardell Aryana Alami Pendarahan Teruk, Lepas 3 Hari Baru Dapat Dakap Anak

Selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Jumaat lalu, pelakon Ardell Aryana dilaporkan mengalami pendarahan teruk sehingga dia mengalami muntah-muntah tanpa henti sebaik sahaja bersalin.

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram milik anak mereka dipercayai ditulis oleh suaminya, Nadzmi Adhwa dimana dia memberitahu Ardel muntah kemudian pengsan. Malah, selepas tiga hari barulah Ardell dapat mendakap anak mereka.

BACA: Lebih 16 Jam Tahan Sakit, Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung

“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan.

“Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Ardell segera sembuh serta dipermudahkan segala urusan.

Jumaat lalu, Nadzmi berkongsikan berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya bertarung kesakitan selama lebih 16 jam. Bagaimanapun, sehingga kini jantina bayi itu masih tidak didedahkan lagi.