Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang selamat menimang cahaya mata sulung awal pagi tadi. Menurut Nadzmi, Ardell bertarung sekakitan selama 16 Jam sebelum bersalin secara normal jam 2.22 pagi.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh Nadzmi di akaun Instaram miliknya sebentar tadi. Menerusi perkongsian itu, Nadzmi meluahkan rasa syukur kepada mereka yang mendoakan untuk anak dan isterinya.
BACA: Sarat 8 Bulan, Ardell Aryana Borong Barang Derma Orang Susah
Kata Nadzmi lagi, perasaannya sedih dan sayu apabila dia melihat sendiri kesakitan yang perlu ditanggung isteri yang berjuang ketika melahirkan anak sulung mereka. Bagaimanapun, jantina bayi itu masih belum dikongsikan lagi kepada umum.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih doktor kerana sama sama berjuang dengan Ardell,” katanya.
Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.