fbpx

“Arang Tidak Putihkan Gigi, Tiada Bukti Buat Gigi Putih”

Baru-baru ini, Dr. Amalina Che Bakri  terpanggil untuk berkongsikan tentang penggunaan arang sebagai ubat gigi. Menerusi Twitter, Amalina mendedahkan bahawa arang tidak memutihkan gigi dan tiada bukti bahawa bahan tersebut boleh membuatkan gigi jadi putih.

Namun, apa yang menjadi perhatian ialah rata-rata netizen mengaitkan perkongsian tersebut dengan produk yang dijual oleh usahawan kosmetik Aliff Syukri, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini lagu ‘serbuk arang gigi’ nyanyiannya itu menjadi siulan ramai.

BACA: “Ada Lagi Teruk, Sumbang-Mambang Menyanyi Tetap Masuk Final”

Tidak kurang juga ada netizen mendakwa bahawa selama ini Aliff Syukri hanya berbohong mengenai bekerkesanan produknya itu. Bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa kasihan kerana ramai yang menyebut jenama produk Aliff Syukri sedangkan sudah banyak jenama lain menjual ubat gigi arang tersebut.

Ujar netizen lagi, Dr. Amalina juga tidak menyebut jenama d’Herbs, namun ramai yang mengaitkan dengan posting tersebut hanya kerana jenama itu sahaja yang popular. Kata seorang netizen, orang sekarang lebih percaya kepada benda viral dan popular tanpa membuat kajian terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk.