fbpx

“Ada Lagi Teruk, Sumbang-Mambang Menyanyi Tetap Masuk Final”

Semalam, diumumkan enam peserta yang mara ke final Gegar Vaganza iaitu Amelina, Noryn Aziz, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Zamani dan Billy Zulkarnain. Seperti yang diketahui kumpulan Forteen dan Hetty Sarlene tersingkir di pentas separuh akhir.

Bagaimanapun, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang juga merupakan selaku penaja utama program tersebut mempertikaikan penyingkiran kumpulan Forteen dan berpendapat ada penyanyi lain yang sepatutnya tersingkir.

BACA: “Zamani Lupa Lirik Pun Boleh Ke Final Gegar Vaganza”

Memuat naik gambar bersama dua anggota Forteen iaitu Izzue Islam dan Wan, menerusi status posting berkenaan, Aliff turut meluahkan rasa hairan dengan mengatakan ada penyanyi lain yang lebih teruk dan menyanyi sumbang tetapi layak ke final.

“Siapa patut tersingkir sebenarnya? Juri oohh juri. Saya peliklah kenapalah kumpulan Forteen yang best ni yang terkeluar sedangkan ada yang lagi teruk dan sumbang mambang menyanyi tapi tetap masuk final? Saya malas nak tulis lebih-lebih nanti ada yang terasa,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusia ruangan komen rata-rata netizen mengatakan jika kesemua anggota Forteen boleh menyanyi dengan bagus mungkin mereka layak ke final. Tidak kurang juga ada netizen menasihati Aliff agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengundang, bimbang akan dikecam.