fbpx

Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah, Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’

Berdepan kontroversi panas apabila dituduh ‘kaki mabuk’ ternyata memberi kesan cukup besar buat penyanyi Ara Johari sehingga membuatkan dia mengurungkan diri dirumah kerana tertekan.

Tidak menjangkakan akan berdepan kontroversi seteruk itu, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya.

BACA: “Saya Berani Bersumpah Tak Pernah Minum Arak”

“Saya tahu apabila dah cebubri dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu.

“Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul. Macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.

“Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat,” katanya kepada mStar Online.

Kata Ara lagi, disebabkan kontroversi berkenaan dia mengakui berasa tertekan sehingga mengurungkan diri di rumah. Bagaimanapun, dia nekad untuk bangkit semula dan enggan mempedulikan segala dakwaan liar netizen mengenainya.

“Sejujurnya saya memang rasa down sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mengarut. Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memfitnah saya yang bukan-bukan. Sepanjang waktu itu saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja, saya jadi takut.

“Selepas seminggu isu itu saya bagkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurangnya kita tak buat seperti yang didakwa. Saya difitnah pun dapat pahala juga,” katanya.

Ogos lalu, Ara didakwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman keras.

Bagaimanapun, Ara Johari menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan unca dia terpaksa menarik diri bagi menjayakan sebuah program dan menyusahkan produksi baru-baru ini sedangkan dia terpaksa berbuat demikian disebabkan masalah semput.