fbpx

“Saya Berani Bersumpah Tak Pernah Minum Arak”

Tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis yang mempunyai masalah sosial apabila dilabel sebagai ‘kaki minum’, Ara Johari berani bersumpah bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang minuman keras.

Ara berkata dia amat kecewa apabila ada pihak mendakwa perkara itu menjadi punca dia terpaksa menarik diri bagi menjayakan sebuah program dan menyusahkan produksi baru-baru ini sedangkan dia terpaksa berbuat demikian disebabkan masalah semput.

BACA: Makan Mi Pedas Dengan Durian, Ara Johari Dikecam Gila Viral

“Saya berani bersumpah yang saya tak pernah minum, tak pernah sentuh sebarang minuman beralkohol atau mengambil dadah.

“Saya agak kecewa bila orang buat dakwaan begini. Hal ini sangat sensitif, tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup. Apa yang penting, saya tahu yang saya tak sentuh dan ambil benda-benda tu semua,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Ara, dia tidak tahu mengapa ada pihak yang sanggup membuat tuduhan tidak berasas sedemikian rupa terhadapnya. Malah, ada yang menuduh dirinya kurus kerana mengambil barang terlarang.

“Saya tidak tahu mengapa orang tuduh saya kaki minum. Bahkan ada juga yang kata saya ambil ‘barang’ hanya kerana saya kurus. Walhal saya kurus sebab memang susah nak naik berat badan, bukan ambil dadah.

“Apapun, biarlah apa yang orang ingin kata, nanti bila mereka akan diam bila sudah penat nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ara mengakui berkawan dan bergaul dengan individu yang menjalani kehidupan sosial namun dia tahu untuk menjaga diri dan tidak lakukan perkara terlarang.

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya memang ada kawan yang sosial, yang minum, tapi bagi saya kita yang kena pandai jaga diri. Kalau kawan minum, kenapa kita nak ikut.

“Tak apalah, janji orang sekeliling dan keluarga tahu saya macam mana pun dah cukup,” katanya.