fbpx

“Apabila Seseorang Itu Ambil Selain Sunnah, Maka Binasalah Dirinya”

Sebelum ini kemelut hubungan antara Pencetus Ummah (PU) Riz dan selebriti popular Neelofa hangat diperkatakan netizen. Bagaimanapun, sehingga kini status hubungan mereka masih lagi menjadi tanda tanya.

Malah, sehingga kini PU Riz masih lagi berdiam diri mengenai isu tersebut. Namun, menerusi posting terbaru di akaun Instagram, PU Riz dilihat ada berkongsikan sepotong hadis mengingatkan mengenai ujian dalam kehidupan.

BACA: “Pernikahan Bukan Hanya Dua Jiwa Tapi Hal Dua Keluarga”

Perkongsian tersebut dilihat seolah menggambarkan bahawa dia harus kuat berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan yang mendatang serta berpegang teguh dengan sunnah Nabi.

Terdahulu, kisah hubungan pasangan itu hangat diperkatakan susulan muat naik ahli keluarga Neelofa di Insta Story. Lebih mengejutkan netizen apabila gambar ketika majlis merisik sudah pun dipadam serta ahli keluarga Neelofa tidak lagi mengikuti PU Riz di Instagram.

Dalam pada itu, Neelofa menafikan dirinya terkena minyak pengasih sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya serta menafikan khabar angin mengatakan mereka sudah berkahwin secara senyap di Kelantan.