“Apa Yang Buatkan Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?”
Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin mengakui tidak perlu pegang-pegang atau bersentuhan dengan pelakon wanita untuk mendapatkan keserasian.
Menurut Zul, banyak lagi aspek yang boleh diambil kira untuk menjayakan sesuatu babak dan tidak hanya dengan babak bersentuhan sahaja.
BACA: Zul Ariffin Akui Tak Perlu Pegang-Pegang Untuk Hayati Watak
“Sebelum ini saya sering berlakon babak bersentuhan dengan gandingan saya. Bagaimanapun, perkara tersebut tak menjanjikan apa-apa. Nak bina keserasian bukan setakat pada babak bersentuhan.
“Saya seorang pelakon dan saya akan menyesuaikan diri. Perkara paling utama saya memang akan menghormati prinsip gandingan saya. Apa yang membuatkan dia selesa dan juga sebaliknya,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berkata ramai sangkakan dia suka melakonkan babak mesra namun sebaliknya tidak. Ujarnya, dia hanya melakukan tugas sebagai seorang pelakon sahaja.
“Mungkin ramai yang sangka saya ni memang suka melakonkan babak mesra atau bersentuhan tapi sebenarnya saya tidak pernah melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
“Sebelum ini saya ada berlakon babak dukung heroin saya, apa yang membuatkan anda terfikir yang saya suka. Saya sendiri tak faham. Saya hanya mahu selesaikan babak itu secepat mungkin,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Eleh…julang2 lps hbs scene mcm suka jer
boleh je kau ” berlakon ” dgn aksi dukung mendukung ni, kau masuk jdi hero baywatch 2 filem..hehehehehehe.., penyelamat pantai.., camner, layak ke jdi hero gnti the rock..huhuhuhuhu.., the rock angkt kening sebelh, kau dh kecut..huhuhuhuhu..
Taste abam zol bkn yg mkn belacan tau.
Bang jui dukung sy pleaseee.hahaha