fbpx

“Apa Yang Berlaku Biarlah Sampai Disitu Sahaja, Saya Maafkan Dia”

Berdepan kemelut dengan Allahyarham Wani Comel tahun lalu, bagaimanapun jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri memaafkan arwah dan tidak mahu insiden salah faham tersebut diperkatakan lagi.

Memetik laporan Utusan, Aliff turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan agar Allahyarham Wani ditempatkan di kalangan orang beriman.

BACA: Isteri Yakin Aliff Syukri Jadi Mangsa ‘Tikam Belakang’ Kerana Terlalu Baik

“Saya maafkan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik insiden tersebut. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

“Saya juga mohon, apa yang berlaku antara kami biarlah sampai di situ sahaja. Tidak ada yang mengungkit dan memperbesar isu itu lagi,” katanya.

Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira disahkan meninggal dunia semalam akibat jangkitan Covid-19. Allahyarham sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai selpas kisah berat badannya yang mencecah 300 kilogram (kg) tular di media sosial.