fbpx

“Apa Faedah Habis RM4.2 Juta Bawa Artis Kpop?”

Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad bersuara, kini giliran Awie pula menyelar usaha Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mahu membawa masuk kumpulan K-Pop popular, BTS ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Bawa Masuk BTS Ke Malaysia

Menurut Awie, dalam era mereka terdahulu isu rambut panjang sentiasa dibangkitkan tetapi kini pihak kerajaan seolah hanya tutup mata dan membawa masuk pelbagai budaya pelik ke Malaysia.

“Saya bercakap perkara ini demi rakyat, bangsa dan budaya kita. Apa faedahnya RM4.2 juta dihabiskan bawa Kpop masuk ke sini? Sekarang tak kira rambut hijau, kuning, merah semua ada. Budaya apa sebenarnya nak dibawa masuk?”

“Kita yang duduk di depan menonton persembahan mereka tak faham sepatah haram nyanyian mereka. Apa pengajaran yang kita dapat daripada Kpop? Orang luar yang datang tentu pelik apabila tengok artis Korea yang menyanyi”

“Ini tidak, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kita masih relevan tapi mereka mahu matikan. Bangga sangat dengan Kpop dan tiada langsung tunjukkan semangat nasionalisme, berbangga dengan bangsa sendiri”

Dalam masa sama, Awie turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang sanggup menanggung perbelanjaan besar untuk membawa kumpulan Kpop ke Malaysia tetapi merungut berkenaan perihal ekonomi negara yang teruk.

“Berilah peluang kepada artis lama contohnya kumpulan Wings atau Search yang masih relevan. Cuba bagi duit itu kepada anak bangsa kita. Artis Malaysia yang semakin berusia nak dibiarkan mati begitu saja,” jelasnya.

Banyak pula pihak yang tidak bersetuju dengan usaha untuk membawa masuk kumpulan Kpop ke Malaysia. Tapi apa pula pendapat BTS Army yang rasanya sudah teruja mendengar perkhabaran Menteri Belia & Sukan. (rtky/w)