Anzalna Nasir Nafi Tertekan Soal Zuriat
Meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke setahun minggu lalu, ramai yang tertanya-tanya bila lagi Anzalna Nasir ingin menimang cahaya mata pertama. Oleh kerana sering diasak pertanyaan terbabit ada pihak mendakwa Anzalna sedikit tertekan dengan soal itu, bagaimanapun empunya badan menafikannya dan percaya rezeki anak pasti datang.
BACA: Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital Akibat Gastrik
“Tidak benar apa yang dikatakan mereka. Saya tidak pernah bersedih atau berduka walaupun masih belum mempunyai zuriat sendiri. Buat masa ini, kami hanya melalui kehidupan alam rumah tangga seperti orang lain juga. Kami juga tak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat”
“Hanya berserah kepada rezeki dan takdir sahaja. Tapi tak bermakna saya hidup dalam kesedihan hanya kerana isu anak. Lagipun, baru setahun kami berumah tangga. Ada orang lain berkahwin puluhan tahun pun masih belum ada rezeki. Jadi saya bersabar dalam bab ini,” katanya kepada Utusan Malaysia mengenai dakwaan yang berkenaan.
Dalam masa yang sama, Anzalna mengakui dirinya kerap memuat naik gambar anak-anak saudaranya kebelakangan ini di laman sosial yang mungkin menyebabkan tercetusnya spekulasi ini. Betul kata Anzalna, kalau sudah ditentukan pasti datang rezeki anak itu. (rtky/w)
Soal zuriat di tentukan takdir. Sebagai manusia biasa, kita perlu menjaga kesihatan, jaga makan minum dgn baik, amal gaya hidup yg sihat dan terus berdoa utk dapat zuriat secepat mungkin.
sabar
oke
bgituu
Ooo..
hmm
Kau pi check tengok.kalau mandul bleh cepat2 ambil anak angkat