Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital, Alami Luka Kecil Di Perut
Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir, Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik. Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.
BACA: Gambar Sekitar Anzalna Nasir & Keluarga Tunai Umrah Bersama

“Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu, bercakap pula mengenai rumah tangga, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terujanya melalui saat pertama kali melalui bulan puasa dan bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang.
Tambahnya lagi, Hanif juga seorang yang senang untuk diuruskan kerana beliau tidak cerewet dalam pemakanan, jadi jika ingin memasak juadah berbuka atau sahur juga sangat mudah. Memang terserlah kebahagiaan Anzalna sehingga beliau sendiri akui sampai tidak mahu bekerja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan suami. (rkty/w)
La kesiannya moga cepat sembuh… http://www.gerobokbuku.com/
Bila org kaya berpuasa
di bulan baik ni pun ada yang nak buruk sangka..dah Allah nak beri sakit tu kat dia..doakanla yang baik2 alhamdulilah bukan kita
kesihatan badan & minda baik utk saya
platinum drink v -asia pilihan utama
aku tuang terus minum sihat cantik hebat berdansa..
(korus)
minum 2x
platinum v asia 2x
pastikan v asia bru bli…
lama x bukak blog ni…slmat berpuasa semua…. miss kluarga artis yg vouge tu…bju raya byk cntik…
harap penyakit dalaman yg di alami dapat di kesan dan di rawat dgn berkesan. Kadang2 sakit perut ni kita ingat biasa2 aje. Tapi kalau dah melarat kena cepat pi check up.
Nasib baik Anzalna terus bawa ke hospital kalau tidak macam anak kawan, sakit perut rupa2 nya kanser stage 4……