fbpx

Anzalna Nasir Tak Kisah Kena Berlakon Bersama Suami Orang

Bagi mendapatkan hasil terbaik dan meninggalkan kesan terhadap hati penonton, pelakon Anzalna Nasir tidak pernah bimbang untuk berlakon bersama suami orang lain jika ada sikap saling percaya antara suami dan isteri.

BACA: Anzalna Nasir Bakal Nikah Hujung Tahun

“Saya tiada masalah jika benda itu melibatkan etika dan profesional ketika bekerja. Komitmen itu perlu saya lunaskan jika mahu sesebuah karya itu berhasil. Tidak perlu ada batasan sehingga menyusahkan orang lain”

“Kalau isteri seseorang pelakon itu faham kehendak watak itu bagaimana, sudah tentu dia tidak akan melarang suaminya berlakon. Saya seronok bekerja bersama dengan pelakon Hisyam Hamid dalam drama terbaharu lakonan saya berjudul Memori Cinta Suraya,” kata Anzalna kepada Utusan Malaysia.

Jika disingkap kisah lama, Anzalna sebelum ini, pernah bermasam muka dengan pelakon Izzue Islam kerana tindakan Izzue yang mahu menjaga hati isterinya, Awin Nurin yang cemburu apabila Anzalna didakwa terlebih gedik.

Apa pun, selepas ini isteri-isteri pelakon yang cemburu tidak perlu risau kerana adegan berahi dan bakal buat mereka sakit hati tidak dibenarkan lagi setelah pekeliling mengenai adegan intim dan beberapa adegan lain telah dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) baru-baru ini.