fbpx

Anzalna Nasir Akui Ketagih Shopping Online, Setiap Hari Nak Membeli

Sejak pandemik COVID-19 melanda, kita semua menjalani kehidupan dengan norma baharu. Malah, ramai yang masih memilih untuk membeli secara dalam talian yang menawarkan harga murah dalam masa sama untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Tidak ketinggalan, Anzalna Nasir juga turut melakukan pembelian barangan peribadi dan keperluan secara online sahaja. Bagaimanapun, dia mula bimbang kerana merasakan dirinya seolah-olah ‘ketagih’ dengan shopping online.

BACA: Suami Anzalna Pinjamkan Triton Untuk Kerja Amal Ustaz Firdaus

https://www.instagram.com/p/CEYK9vaDnYh/?utm_source=ig_embed

“Saya suka berbelanja, tapi sejak Covid-19, kebanyakan semua beli online! Masalahnya, sekarang ini setiap hari ada sahaja barang nak beli.

“Saya dah jadi ketagih membeli-belah secara online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah!,” kongsinya

Menerusi satu entri di Instagram, Anzalna turut memuat naik video yang memaparkan antara parcel yang baru diterimanya. Ujarnya, jika dia mempunyai anak perempuan, tentu lagi banyak dia berbelanja.

“Nasib baik anak saya lelaki. Kalau perempuan rasanya lagi banyak benda saya berbelanja! Siapa lagi ada masalah macam saya?” katanya.

Diruangan komen, ada segelintir netizen turut mengakui berdepan masalah yang sama seperti Anzalna apabila tidak dapat menahan diri daripada membuat pembelian secara online.