Anzalna Nasir Seronok Tayang Wajah Anak
Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini semakin ramai golongan selebriti memilih untuk menutup wajah anak mereka di media sosial dengan menggunakan sticker emoji.
Rata-rata mereka memberi alasan untuk mengelak penyakit ain atau gangguan disebabkan pandangan mata serta perasaan iri hati.
BACA: Anzalna Nasir Mahu Bantu Rider Gendong Anak
Namun berbeza buat pelakon Anzalna Nasir yang mendedahkan wajah bayi kedua selepas seminggu melahirkan.
Menjawab persoalan daripada pengikutnya di Instagram, Anzalna berkata ianya merupakan hak ibu bapa masing-masing.
“Masing-masing ada pendapat sendiri. Saya gembira berkongsi (wajah anak) dengan orang ramai. Alhamdulillah ramai yang mendoakan perkara baik-baik untuk kami sekeluarga,” jawabnya.
Terdahulu, Anzalna selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi lelaki pada 20 Mei lalu yang diberi nama Mohamad Emirhan.
- SUMBER
- Kosmo!
lah aku ingat nama anak dia versace.. yang pi jahit dkt selimut pasai pa
Bkn dia jahit la. Kalo ko gi beli satu versace baby nest pun ada mcm tu. Mmg versace punye baby nest ada nama brand tu besar dpn dia.
Hahaha…lawak betul comment2 dua diatas ni…adoi.
Ap gosip sendu ni. Tk tunjuk wajah ank pn gosip ke? Alahai roti kaya. Ko ni dah tkde cerita ke. Malas nk cari cerita hot??? Gaji buta??