fbpx

Anzalna Nasir Mahu Bantu Rider Gendong Anak

Pelakon Anzalna Nasir sememangnya tidak lokek membantu mereka yang memerlukan. Malah, sebelum ini pelakon jelita itu sudah beberapa kali memaklumkan mahu membantu mereka yang kesusahan.

Terbaru, perkongsian Anzalna menjadi perhatian apabila meluahkan hasrat untuk membantu seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.

BACA: Tak Boleh Tidur, Anzalna Nasir Mahu Bantu Mangsa Banjir

Menerusi perkongsian di Insta Story, Anzalna berkata dia mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.

Anzalna turut menjemput penghantar makanan tersebut datang ke rumahnya kerana banyak barangan bayi mahu diberikan.

Dalam entri itu juga, Anzalna meluahkan rasa syukur pendakwah terkenal, Ebit Lew segera membantu penghantar makanan berkenaan selepas kisahnya tular.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini pendakwah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baru kepada bapa tiga cahaya mata itu serta meminta untuk mencari pengasuh anaknya.