fbpx

Anzalna Nasir Sebak Ganti Siti Sarah Jadi Model Tudung

Teki-teki mengenai siapakah pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arwah terjawab apabila pelakon, Anzalna Nasir menjadi pilihan.

Perkara itu diumumkan oleh Anzalna menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi video dikongsikan, Anzalna tidak dapat menahan air mata ketika sesi penggambaran. Lebih sebak, ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata.

BACA: Tak Boleh Tidur, Anzalna Nasir Mahu Bantu Mangsa Banjir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menerusi entri itu, Anzalna berkata pada awalnya dia berbelah bahagi untuk bekerjasama kerana jenama tersebut sudah sinonim dengan nama dan wajah Allahyarham.

“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.

“Masa team @lovetahq mesej dan tanya untuk kerjasama ni, Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali Anzalna tanya pendapat suami,” tulisnya.

Kata Anzalna lagi, dia mengakui sesi penggambaran tersebut sangat menyentuh hati dan memohon maaf tidak dapat memberikan terbaik serta meluahkan rasa rindu terhadap arwah.

“Ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu beremosi. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah,” tulisnya.