fbpx

Lama Menyepi, Anzalna Nasir Nafi Dikongkong Kekasih

Mungkin kerana jarang muncul di kaca televisyen mahu pun filem, sehingga ada khabar angin yang mengatakan pelakon Anzalna Nasir telah dikongkong oleh teman lelakinya sendiri.

BACA: Anzalna Nasir Tidak Nafi Ada Berlaku Salah Faham Dengan Izzue Islam

“Saya tidak menyepi, saya ada sahaja dalam industri hiburan dan masih berlakon. Saya kini hanya fokus kepada satu telenovela sahaja. Disebabkan cerita ini mempunyai 148 episod, saya harus meletakkan komitmen tinggi terhadap telenovela ini dan sepanjang tahun ini juga saya harus menolak tawaran lain”

“Saya juga bukan menyepi kerana Hanif. Bagi saya jika tiada cerita baru, buat apa saya mahu sentiasa muncul kepada umum. Hanif sentiasa menyokong segala perancangan seni saya, dia tidak pernah mengongkong. Mungkin saya yang mengongkong dia,” jelas Anzalna dengan nada bergurau kepada portal Murai.

Sebelum ini, Anzalna juga pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu terlalu mendedahkan serta memaparkan kisah percintaanya di laman sosial bersama kekasih kerana ia mengundang rasa tidak senang banyak pihak. (rtky/s)