Anzalna Nasir Mahu Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya
Terkesan dengan berita pembunuhan tragis melibatkan seorang remaja baru-baru ini, Anzalna Nasir meluahkan hasratnya untuk membantu keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail.
Tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian itu memandangkan masih dalam siasatan polis, Anzalna berkata niatnya hanya mahu berkongsi rezeki dan membantu ahli keluarga mangsa.
BACA: Anzalna Nasir Tak Cukup Tidur Jaga Anak Demam
Menerusi Insta Story, Anzalna ada memuat naik pertanyaan bagaimana untuk menghubungi keluarga arwah. Dalam pada itu, Anzalna Berterima kasih kepada pengikutnya yang turut sama membantu untuk mengesan keluarga arwah.
“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombot yang betul-betul sahih untuk dihubungi.
“Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ditanya apa yang membuatkan dirinya terpanggil untuk menghulurkan bantuan, Anzalna berkata niatnya hanyalah untuk meringankan beban keluarga mangsa terutama ibu arwah yang menghidap kanser.
“Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian berat buat keluarga arwah. Saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini.
“Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya terutama ibu arwah,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Anzalna ohhh sungguh murni hatimu nak… Pokcik terharu sunggoh.
Alhamdulillah……rasa terharu..
Semoga rezeki Anzalna dan ahli keluarga makin terbuka luas,aminnn..
Ctc lah balai polis situ…
Saya nak bantu keluarga suspek. Pada hemat saya, suspek adalah mangsa buli psikologi.
Sudah la Dr Adam. Jgn nak play victim kan si suspek. Jika dia kena buli psikologi, dia yg berada di rumah mangsa. Dan bkn nya mangsa pergi ke rumahnya utk mengecamnya.
Mangsa pun dh mninggal dan x ada cara nak bela diri dgn tuduhan begitu. So shut up. Biar yg bersalah mnerima hukumannya. Biar hakim di mahkamah yg buat pengadilan.
Pengalisis, you tak biasa kena buli psiko. You will never understand.
Sy pun rs mcm tu jg..dr adam..tp biar polis jlnkn siasatan dulu..