Baru-baru ini, perkongsian pelakon Anzalna Nasir di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai apabila memborong kesemua jualan nasi lemak yang dijual seorang warga OKU.

Menerusi perkongsian itu, Anzalna meluahkan rasa prihatin dan kagum dengan kegigihan lelaki itu yang rajin mencari rezeki mestikan berstatus OKU. Anzalna turut meminta bantuan peminat dan netizen  untuk menyalurkan maklumat serta nombor telefon lelaki itu kepadanya.

BACA: Anzalna Nasir Mahu Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya

Tidak lama selepas berkongsi hantaran tersebut, Anzalna memaklumkan dia menerima maklum balas daripada seorang pengguna Instagram memberitahu maklumat tentang tentang individu OKU itu.

Difahamkan, lelaki OKU itu menjalankan perniagaan Nasi Lemak Bujang Dek Mat di Amber Business Plaza, Cheras, Kuala Lumpur berdekatan kedai serbaneka 7-Eleven LRT Cheras.

Menurutnya lagi, peniaga OKU tersebut bernama Muhammad Nor, berusia 28 tahun dan dilahirkan tanpa tangan. Dia hidup sendiri dengan menyewa bilik di tingkat atas sebuah rumah kedai berdekatan LRT Cheras.

Muhammad Nor menempah nasi lemak daripada seorang rakan di Bukit Jalil dengan harga RM1 sebelum menjualnya semula pada harga RM1.50 sebungkus.

Sekadar info, untuk membuat sebarang tempahan nasi lemak daripada Muhammad Nor, boleh menghubungi talian 017-2650799 atau melalui Facebook Dekk’s Mat.