fbpx

Kejutan Hari Jadi Suami, Anzalna Nasir Kini Berhijab

Perkongsian terbaru pelakon Anzalna Nasir menjadi perhatian ramai apabila membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Hanif Zaki.

Namun ia bukan sahaja kejutan buat suaminya sahaja malah untuuk para peminat apabila pelakon itu mengesahkan dirinya sudah pun berhijab.

BACA: Anzalna Nasir Jual Baju Preloved Anak, Bantu Golongan Memerlukan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menerusi perkongsian tersebut, Anzalna turut mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya serta berharap agar dirinya terus istiqamah untuk berhijab.

Dalam video dikongsikan, Hanif dilihat terkejut dengan penampilan isterinya itu dan terus memeluk serta mencium Anzlan bersama anak mereka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan sebak dengan penghijrahan Anzalna serta mendoakan agar pelakon itu terus istimqah dalam berhijab.

Terdahulu, ramai selebriti wanita berhijrah dengan mengambil keputusan untuk tampil berhijab sempena Maal Hijrah, antaranya Izara Aishah, Elizad, Betty Rahmad dan Nana Mahazan.