fbpx

Anzalna Nasir Bangga Adik Usia 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

Dalam ramai-ramai selebriti, boleh dikatakan adik-beradik pelakon Anzalna Nasir menjadi perhatian ramai, semuanya memang lawa-lawa belaka.

Baru-baru ini, Anzalna ada memuat naik entri berkongsikan kegembiraan apabila adik bongsunya, Nazirah Nasir ditawar melanjutkan pengajian dalam program Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).

BACA: Anzalna Nasir Borong Semua Nasi Lemak Dijual Peniaga OKU

Menurut Anzalna dia tumpang gembira adiknya itu berjaya menyambung pengajian ke peringkat PhD walaupun baru berusia 23 tahun serta mendoakan agar urusan adiknya dipermudahkan dalam menuntut ilmu.

Perkongsain Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengagumi adiknya itu yang bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak. Malah, ada yang mengatakan adik pelakon itu layak digelar ‘beauty with brain’.

Sebelum ini, Anzalna ada berkongsikan keputusan peperiksaan adiknya yang meraih Purata Nilai Gred (GPA) 4.0 berturut-turut ketika menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan tahun lalu.