Kalau anda bukan peminat dunia hiburan pop Korea Selatan, Golden Disk Awards (GDA) ini memang sesuatu yang asing buat anda tetapi majlis anugerah ini begitu berprestij sehingga di'gelar sebagai anugerah Grammy edisi industri hiburan Korea.

Di'mulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang di'dambakan oleh penggiat muzik Korea dan untuk edisi ke 27 nanti, pihak penganjur telah pun memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran.


Majlis Golden Disk Awards ke 27 akan berlangsing di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 & 16 Januari 2013 yang akan datang –

– dan ia'nya bakal menyaksikan lebih 20 buah kumpulan pop Korea turun ke Malaysia untuk membuat persembahan juga kemunculan khas.

Siapa yang bakal hadir anda tanya? Antara nama yang di'sebut sebut adalah Girls' Generation (SNSD), BEAST, 2NE1, Super Junior, KARA, PSY, 4 Minute & Big Bang.



Nantikan perkembangan lanjut tentang Golden Disk Awards ke 27 ini dan kami akan bawakan secepat mungkin untuk anda — sementara itu, ini persembahan Girls' Generation pada majlis sama tahun lalu.

zp8497586rq