Walaupun berada nun jauh di Amerika Syarikat sana untuk melebarkan sayap kerjaya seni beliau, Yuna tetap menerima pengiktirafan yang tinggi di Malaysia — bakat tidak kenal sempadan.

Lagu ciptaan beliau sepenuhnya, Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang gelaran Lagu Terbaik (Tempat Pertama) di Anugerah Juara Lagu ke 27 yang berlangsung malam tadi.

Aizat Amdan yang di’beri kepercayaan untuk membawakan lagu tersebut di pentas akhir malam tadi tidak mengecewakan walaupun mempunyai masa singkat untuk membuat persiapan.

Tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke 27 berjaya di’raih oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok & Azlan dan tempat ketiga untuk lagu Ku Akui ciptaan Ajai yang di’bawakan Hafiz Suip.

Gelaran Vokal Terbaik malam tadi di’menangi oleh Hafiz Suip juga melalui lagu Ku Akui manakala Persembahan Terbaik jatuh kepada persembahan Black & RJ dengan Teman Pengganti.